AAA Vision Academy Bantu Peniaga Makanan Klang


AAA Vision ACADEMY, KLANG

Pada 1 Jan 2020, Sekolah Latihan Pengendali Makanan kami mula beroperasi di AAA Vision Academy, Klang Selangor.

Lokasi Training Centre kami :-
No 27, Tingkat 1, Jalan Udang Putih 2, Off Jalan Yadi,
41250 Klang,
Selangor

 

SERVIS KAMI

Semoga dengan pembukaan Sekolah Latihan Pengendali Makanan di Klang akan dapat membantu memudahkan warga Klang dan kawasan sekitar untuk menjalani Kursus Pengendalian Makanan.

Selain menjalankan kursus di pusat latihan kami di Klang, kami juga boleh menjalankan Kursus Pengendalian Makanan secara ‘In-House’ di premis peserta diseluruh Selangor.

Kami juga mengalu-alukan Joint Venture (JV) Projek kepada Moderator Kursus, Lecturer IPT/IPTA, Persatuan Peniaga dan sebagainya.. Anda cuma perlu kumpulkan peserta & sediakan tempat, kami datang untuk jalankan Kursus Pengendalian Makanan dan uruskan pengiktirafan Kementerian Kesihatan Malaysia

 

KURSUS WAJIB

Selain suntikan typhoid, Kursus Pengendalian Makanan ini juga merupakan perkara wajib sebelum anda memohon lesen perniagaan di Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) seperti MBSA, MPK, MPPJ dan sebagainya. Selain itu, permohonan MESTI dan HALAL juga mewajibkan semua kakitangan menjalani kursus ini.

Pastikan Sekolah Latihan Pengendali Makanan (SLPM) yang anda hadiri telah diiktiraf oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM). Boleh rujuk laman web resmi Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) untuk mendapatkan semua senarai sekolah latihan pengendali makanan di seluruh Malaysia

Add a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *