FAQ


SOALAN LAZIM

S: Dimana boleh saya dapatkan info lanjut mengenai Kursus Pengendalian Makanan?
J: Anda boleh mendapatkan info di laman web kami atau di laman web Kementerian Kesihatan Malaysia.

S: Bagaimana saya hendak mendaftar sebagai peserta?
J: Anda boleh mendaftar melalui borang pendaftaran secara online (klik sini) atau melalui aplikasi Whatsapp ke no berikut:-

012-204 2487 En Mohd Ezrin
012-919 9580 En Ridzuan
012-204 2485 Pn Surainee

S: Bilakah tarikh dan masa kursus?
J: Jadual tarikh terkini akan kami kemaskini santiasa di halaman pendaftaran. (Sila klik sini)

S: Saya mempunyai ramai pekerja, bolehkah pihak AAA Vision Academy datang ke tempat saya untuk menjalankan Kursus Pengendalian Makanan?
J: Boleh, Kami boleh datang ke tempat anda sekiranya anda mempunyai ramai pekerja yang tidak kurang dari minima 10 orang (Daerah Klang dan daerah sekitar) dan sila serahkan nama peserta terlebih dahulu bagi memudahkan proses penyediaan sijil sebelum ke lokasi anda. Sila hubungi kami dahulu untuk perbincangan lanjut.

S: Jika pihak tuan ke lokasi saya, adakah saya dikenakan bayaran tambahan?
J: Tidak, kami hanya menetapkan harga RM50 seorang sahaja dan tidak mengenakan apa jua caj tambahan bagi Kursus Pengendalian Makanan ke lokasi di kawasan Lembah Klang.

S: Bagi kursus di lokasi peserta (In-House), apakah persediaan yang perlu kami buat?
J: Persediaannya adalah kami perlukan senarai nama, IC/Passport untuk penyediaan sijil sekurangnya 2 hari sebelum tarikh kursus, anda perlu menyediakan punca kuasa (Plug point), meja untuk peralatan kami dan tempat duduk yang selesa bagi peserta.

S: Berapakah bayaran yang dikenakan bagi setiap peserta?
J: Bayaran yang dikenakan adalah sebanyak RM50.00 sahaja bagi setiap peserta.

S: Bilakah Sijil akan dikeluarkan?
J: Sijil akan dikeluarkan sejurus selepas tamat kursus.

S: Apakah yang perlu dibawa semasa pendaftaran?
J: Hanya Kad pengenalan atau Passport sahaja yang diperlukan semasa pendaftaran.

S: Adakah perkhidmatan ini berserta dengan suntikan TY2 dan pemeriksaan kesihatan?
J: Tidak, yuran RM50.00 hanya untuk Kursus & Sijil Latihan Pengendali Makanan sahaja manakala suntikan TY2 dan pemeriksaan kesihatan adalah berasingan.

S: Bolehkah saya mendapat diskaun pada harga tersebut?
J: Tidak, Yuran tersebut adalah kadar minima yang telah ditetapkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia.

S: Berapa lamakah kursus ini dijalankan?
J: Kursus ini mengambil masa selama 3 jam seperti yang disyaratkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia.

S: Bolehkah saya balik cepat, anak nak sekolah?
J: Tidak, Anda perlu menduduki kursus ini dalam tempoh waktu yang ditetapkan.

S: Jika saya hadiri kursus perlukah saya duduki apa-apa peperiksaan?
J: Ya, soalan ringkas perlu dijawab sebelum dan selepas tamat Kursus Pengendali Makanan.

S: Adakah sijil saya laku di mana-mana?
J: Ya, Sijil tersebut TIADA HAD masa untuk digunakan dimana-mana negeri seluruh Malaysia (termasuk Sabah & Sarawak) atau mana-mana PBT.

S: Adakah sijil ini mempunyai tamat tempoh?
J: Tidak, Sijil yang dikeluarkan oleh kami TIADA HAD MASA.

S: Jika premis saya ditutup/sita oleh kementerian, perlukah saya menduduki semula kursus?
J: Ya, Sijil sedia ada akan terbatal secara automatik sekiranya premis anda diarahkan tutup atas faktor kebersihan. Anda perlu menduduki semula Kursus Pengendalian Makanan ini. Namun ianya bergantung pada budi bicara pegawai Kementerian yang melaksanakan operasi tersebut.

S: Siapa yang perlu duduki kursus ini ya?
J: Semua pengendali makanan perlu menduduki kursus ini.

S: Dimanakah lokasi Institut Latihan Pengendali Makanan Tuan?
J: Lokasi kami adalah seperti di alamat yang tertera di laman web ini. Sila rujuk google map atau pelan lokasi yg disediakan. Sila hubungi kami sekiranya masih bermasalah untuk mencari lokasi kami.

S: Bagaimana kalau saya tak jumpa juga lokasi?
J Sila hubungi kami di talian 019-548 6969 atau 012-919 9580

S: Apakah cara pembayaran yang diterima oleh pihak tuan?
J: Kami hanya menerima secara tunai, pembayaran online  dan cek syarikat sahaja. (Hutang tidak diterima)