PENIAGA RUGI RM40,000 RESTORAN DIARAH TUTUP 14 HARI

Baru nak pegang remote tv nak layan Netflix, dah pukul 10mlm nak rehat2 sebelum tido.. tetiba phone bunyi..

“Puan, boleh tak datang restoran kami esok pagi, kami urgent la nak buat Kursus Pengendalian Makanan, pekerja kami ramai, susah nak nak bawak kursus tempat puan.

Mmmmm.. boleh agak dah kalau dapat call urgent ni…

“Kenapa Tuan? Kedai kena arah tutup 14 hari ke?”

“Ye la puan, Boss dah bising2.. dah 7 hari kedai tak boleh buka sebab ada pekerja yg belum ada sijil Kursus Pengendali Makanan”

Nasib baik esoknya memang kami ada kelapangan. Kami terus ke premis peserta dan buat kursus kat sana. KKM syaratkan kursus 3 jam untuk semua kakitangan.

“Terima kasih puan sebab datang buat kursus ni kat sini harini jugak. Boss saya bising sebab kita dah tutup 7 hari. Sehari collection RM5k. kalau 14 hari tutup dah rugi RM70,000”

“Takpe, kalau kedai semua dah dibersihkan, semua pekerja dah ada suntikan Typhoid & Sijil Kursus Pengendali Makanan boleh mohon untuk buka semula kedai sebelum 14 hari”

“Ye ke? Nasib baik puan bagitau, kalau tak Rugi RM70,000 la kami”

Korang yang belum kena ziarah pihak penguatkuasa baik pegi Kursus Pengendali Makanan ni cepat2. WAJIB utk semua pekerja tau. Jangan sampai kedai korang pulak kena arah tutup & kena KOMPAUN.

 

Sessi Feb & Mac 2020:-
================

Tarikh : 29 Feb 2020 (Sabtu) 10.00pg-1.00ptg.
Lokasi : AAA Vision Academy, Klang Selangor

Tarikh : 13 Mac 2020 (jumaat) 3.00pm-6.00pm
Lokasi : AAA Vision Academy, Klang Selangor

Tarikh : 28 Mac 2020 (Sabtu) 10.00pg-1.00ptg.
Lokasi : AAA Vision Academy, Klang Selangor

 

Klik link dibawah untuk daftar…

Daftar Kursus

 

Hubungi kami untuk pertanyaan lanjut…
Call/Wasap 019-548 6969 / 012-919 9580

 

 

 

 

 

 

Add a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *