Tentang Kursus


PENGENALAN

 

KURSUS LATIHAN PENGENDALI MAKANAN

Sering kali kita terlihat pengendali makanan di premis-premis makanan mengabaikan keperluan pengendalian makanan yang bersih dan selamat di premis-premis makanan.

  • Contohnya seorang pekerja restoran menggunakan kain lap yg sama untuk mengelap pinggan, tangan dan meja.  Atau contoh lain, mereka menggunakan tangan untuk mengambil makannan atau ais.

Mungkin ia kelihatan remeh. Akan tetapi amalan-amalan buruk ini, malahan banyak ‘amalan yg biasa kita nampak’ sebenarnya merupakan amalan buruk boleh menyumbang kepada pencemaran terhadap makanan. Seterusnya boleh mengakibatkan keracunan makanan yg boleh membawa maut! Cuba tengok gambar ni.. Berapa kesalahan yg ada? Biasa tengok ke?

Bagi mereka yang peka tentang amalan-amalan buruk yang dilakukan oleh pengendali makanan tersebut pasti akan membatalkan hasrat membeli makanan di premis tersebut TETAPI perkara ini jarang berlaku sebab kita merasakan ia adalah amalam yang biasa.

Menyedari hakikat ini, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) telah mewajibkan semua pengendali makanan menjalani Latihan Pengendali Makanan (LPM) di mana-mana institusi yang diiktiraf oleh KKM melalui Peraturan-Peraturan Kebersihan Makanan (PPKM) 2009.


MENGAPA KERAJAAN MEWAJIBKAN KURSUS INI?

 

Objektif Latihan Pengendali Makanan (LPM) secara amnya adalah untuk memberi pendedahan dan kesedaran tentang kepentingan penyediaan makanan yang bersih dan selamat kepada semua pengendali makanan di sektor perkhidmatan dan industri makanan.

  • LPM juga menekankan aspek-aspek asas dalam kebersihan dan keselamatan makanan, termasuk diri pengendali dan premis makanan.
  • Secara tidak langsung, dapat mengurangkan kejadian keracunan makanan di seluruh negara.

Melalui LPM ini juga, pengendali makanan akan dilatih oleh tenaga pengajar menggunakan modul pengajaran yang disediakan oleh KKM.

  • Sijil kehadiran kursus akan diberikan kepada pengendali makanan yang menghadiri kursus LPM mengikut terma dan syarat yang telah ditetapkan.

 


SIAPA YG DIWAJIBKAN MENGHADIRI KURSUS?

 

Merujuk kepada AKTA MAKANAN 1983 PERATURAN-PERATURAN KEBERSIHAN MAKANAN 2009:-

“Definasi “PENGENDALI MAKANAN”

Pengendali Makanan” termasuklah mana-mana orang yang –

(a)  terlibat secara langsung dalam penyediaan makanan;
(b)  menyentuh makanan atau permukaan yang menyentuh makanan; dan
(c) mengendalikan makanan yang berbungkus atau tidak dibungkus, atau perkakas, dalam mana-mana premis makanan;”

Secara dasarnya, semua kakitangan di premis perniagaan makanan WAJIB menghadiri kursus Latihan Pengendali Makanan. Antara premis-premis yang telah dilatih adalah:-

  1. Kantin Sekolah, Kantin Rumah Kebajikan, Kantin Institusi Pengajian Tinggi dan Kantin Kilang
  2. Dapur Asrama, Dapur Hospital, serta Dapur Pusat Latihan seperti PLKN.
  3. Kedai Makan dan Restoran
  4. Hotel , Rumah-rumah Penginapan dan Peranginan.
  5. Pusat Penjaja, Food Court, Gerai serta penjaja persendirian.
  6. Penjaja bermusim seperti Pasar Malam dan Bazar Ramadhan.
  7. Kilang Pengeluar Makanan dan Minuman
  8. Tukang Masak dalam Kapal dan Dermaga Carigali.
  9. Pembekal serta Pengedar Makanan basah dan kering.
  10. Sajian Makanan/Catering
  11. Ushawan dan Pengeluar makanan ringan, Industri Kecil dan Sederhana (IKS)

APAKAH HUKUMAN YG BOLEH DIKENAKAN?

 

Merujuk kepada AKTA MAKANAN 1983 PERATURAN-PERATURAN KEBERSIHAN MAKANAN 2009:-

“Latihan pengendali makanan

30. (3) Mana-mana pengendali makanan yang bekerja di mana-mana premis makanan yang tidak menjalani latihan atau memiliki sijil yang disebut dalam subperaturan (1) atau yang tidak menghadiri mana-mana latihan yang disebut dalam subperaturan (2) melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi sepuluh ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi dua tahun.”


APAKAH MODUL KURSUS LATIHAN PENGENDALI MAKANAN?

[table id=2 /]


SIAPA YG LAYAK MENJALANKAN KURSUS INI?


Hanya Sekolah Latihan Pengendali Makanan (SLPM) dan Tenaga Pengajar diiktiraf oleh KKM sahaja layak untuk menjalankan kursus ini.

Untuk makluman, Kemaskini bertarikh 27 Mac 2017 sebanyak 283 SLPM telah diiktiraf oleh KKM diseluruh malaysia termasuk Sabah & sarawak. Sila rujuk laman web resmi “Bahagian Keselamatan & Kualiti Makanan Kementerian Kesihatan Malaysia” untuk maklumat terkini..

AAA Vision PLT adalah salah satu Sekolah Latihan Pengendali Makanan yang terlah diiktiraf.


APAKAN SYARAT YANG DITETAPKAN OLEH KKM UNTUK KENDALIKAN KURSUS INI?

  • Sekolah Latihan Pengendali Makanan (SLPM) diiktiraf oleh KKM.
  • Tenaga Pengajar diiktiraf oleh KKM.
  • Bayaran bagi 1 sesi kursus untuk seorang peserta adalah RM50.00.
  • Tempoh masa kursus adalah tidak kurang dari 3 jam tidak termasuk waktu pendaftaran, rehat untuk makan dan minum.
  • Bilangan peserta tidak boleh melebihi 30 orang bagi setiap sesi.

 


BILA DAN DIMANA KURSUS DIJALANKAN?

AAA Vision Academy menjalankan latihan ini melalui 3 kaedah:-

1) Latihan di Training Centre kami di Shah Alam (@ Our Training Centre)
2) Latihan di premis peserta (@Your Premise)
3) Latihan secara JV Project (@JV Project)

Untuk makluman lanjut, sila rujuk ‘web page’ seterunya dari “Menu” pilihan..


APAKAH KELEBIHAN MENJALANI KURSUS DI AAA VISION ACADEMY?

Antara kelebihan menjalani kursus bersama kami adalah:-

– Sekolah latihan kami DAN Tenaga pengajar kami DIIKTIRAF oleh KKM

– Kami menyediakan pilihan samada menjalankan latihan di ‘Training Centre’ kami di Shah Alam atau boleh dijalankan di premis peserta. (Tertakluk pada syarat minimum)

– Sijil Latihan Pengendali Makanan akan disampaikan setelah selesai sessi kursus

– Tenaga pengajar kami (Pn Surainee Wahab) merupakan Pakar Pemakanan. Setelah selesai sessi kursus dan penyampaian sijil, peserta boleh mendapatkan khidmat nasihat berkenaan PEMAKANAN secara PERCUMA dari beliau. Anda juga boleh mendapatkan khidmat nasihat berkenaan kelebihan produk makanan anda dari segi pemakanan untuk membantu strategi ‘Marketing’ bagi melariskan jualan.