Daftar Kursus Pengendalian Makanan


PERHATIAN : Khas untuk usahawan MAKANAN dan MINUMAN yang serius nak majukan perniagaan Makanan dan Minuman. Juga untuk usahawan yg mana perniagaannya terlibat dengan makanan seperti taska, pengangkutan makanan dan sebagainya.


Jika anda berniaga MAKANAN atau perniagaan anda melibatkan makanan..

TETAPI

TIDAK mempunyai SIJIL Kursus Latihan Pengendali Makanan yang diiktiraf oleh Kementerian Kesihatan Malaysia

Bersyukurlah, kerana…

anda masih bernasib baik belum di DENDA RM10,000 atau 2 Tahun penjara.

Dan bersyukurkan kerana…

anda masih bernasib baik, pelanggan anda belum kena keracunan makanan
atau
mungkin ada pelanggan anda yang dah kena keracunan makanan tapi tidak membuat laporan pada pihak berkuasa!


AMARAN 1- Kursus Pengendalian Makanan ini adalah kursus WAJIB di bawah Akta Undang-Undang Malaysia untuk semua perniagaan yang melibatkan Makanan atau Minuman.

Kursus ini bukan seperti kursus/seminar pemasaran, facebook, copywriting memukau, skrip closing yg melambak sekarang. Itu semua kursus/seminar ‘sunat’ atau ‘harus’ je tau bukan WAJIB! Ini adalah kursus WAJIB! dibawah Akta Undang-Undang Malaysia


AMARAN 2 – OWNER & SEMUA KAKITANGAN adalah WAJIB dibawah akta undang-undang utk hadir kursus ini. Anda tidak perlu hadir kursus ini sekiranya:-

  1. Anda pernah hadir Kursus Pengandalian Makanan sebelum ini, DAN
  2. Sijil ‘Original’ masih ada dalam simpanan anda.
  3. Perniagaan anda langsung tidak melibatkan MAKANAN & MINUMAN.


INI BUKAN GIMIK!
Kursus ini diWAJIBKAN dibawah akta undang-undang
(Akta Makanan 1983 Dan Peraturan-Peraturan Kebersihan Makanan 2009).
Tak caya boleh google.


Saya dah berniaga makanan lama kot.. kenapa perlu saya datang kursus ni?

Mungkin ada yg menganggap kursus ini remeh dan tak penting. Mungkin anda dah ‘otai’ dalam bidang makanan, maklumlah dah lama berniaga makanan..

Sebenarnya, banyak ilmu yg akan anda dapat sepanjang kursus ini. Tujuan utama kursus ini adalah untuk mengelakkan KERACUNAN MAKANAN.

Sebagai usahawan makanan, anda & seluruh kakitangan anda WAJIB tahu 12 Faktor kritikal yang boleh menyebabkan keracunan makanan pada pelanggan anda!

Ini sangat penting demi menjaga dan melindungi bisnes anda sendiri!



Telalu Banyak Kes Keracunan Makanan

Bayangkan..
Sekiranya anda atau kakitangan anda yang menyebabkan keracunan makanan kepada pelanggan anda.. apa akan terjadi pada anda?

Bayangkan…
Apa akan terjadi pada perniagaan anda sekiranya perkara ini berlaku pada pelanggan anda.. Tiada lagi KEPERCAYAAN dari pelanggan anda walau sesedap mana pun produk anda.

Walau hanya sekali kakitangan anda kantoi buat kesilapan, bisnes yang besar & famous pun boleh TUTUP akibat kuasa VIRAL..

Bukan nak menakutkan, tapi inilah hakikatnya. Anda pasti tak nak perkara ini berlaku pada bisnes anda kan?

Sekiranya anda diziarahi oleh penguatkuasa kesihatan, pasti akan ada banyak kesalahan yang akan dijumpai oleh mereka sekiranya anda atau kakitangan anda tidak menjalani kursus ini. Risiko untuk Premis anda diarah TUTUP adalah sangat tinggi!



Selain dari DENDA sehingga RM10,000 atau PENJARA 2 tahun, premis anda juga boleh diarahkan TUTUP!






JANGAN RISAU….

Tak susah pun nak elakkan perkara ini.

Kami dan melatih BERIBU peserta sejak 2017. Kebanyakkan peserta Kursus Pengendalian Makanan yang kami jumpa menghadapi situasi yang sama.

Ada yang memang tak tahu kursus ini WAJIB. Ada juga yang tahu tetapi sengaja menangguh-nangguhkan..

Kalau perkara yang WAJIB belum lagi kita ‘settle’kan, camana bisnes kita nak gerak maju kehadapan kan?


Kami yakin perniagaan anda memang berpotensi utk berkembang maju. Tetapi jangan disebabkan sikap anda yg tidak peduli tentang Kursus Latihan Pengendali Makanan yang WAJIB ini, menyebabkan peniagaan anda RUGI, atau lebih teruk lagi DIARAHKAN TUTUP oleh pihak berkuasa.

Ya! Berniaga makanan tanpa sijil kursus yang diiktiraf oleh Kementerian Kesihatan Malaysia boleh mengakibatkan ada di DENDA RM10,000 atau PEJARA 2 tahun dan perniagaan anda DIARAHKAN TUTUP!



Kenali AAA Vision Academy

AAA Vision PLT merupakan sekolah Latihan Pengendali Makanan yang diiktiraf oleh Kementerian Kesihatan Malaysia. Kami aktif menjalankan Kursus Pengendalian Makanan di pusat latihan kami di Klang & Shah Alam.

Untuk membantu owner yang mempunyai yang ramai pekerja, kami juga memberi servis mobile@in-house dimana kami datang ke tempat peserta untuk menjalankan Kursus Pengendalian Makanan.

Terkini, sepanjang tempoh PKP, kami juga telah dilantik oleh Kementerian Kesihatan Malaysia untuk menjalankan kursus ini secara ONLINE. Lebih mudah! Boleh jalani kursus walau dimana anda berada!

Sijil Pengiktirafan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia

Kenali Pn Surainee Wahab

Puan Surainee Wahab merupakan mantan Penolong Pengarah Bahagian Pemakanan Kementerian Kesihatan Malaysia. Beliau mula berkhidmat pada tahun 2003 dan meletakkan jawatan pada 2014 untuk menumpukan perhatian kepada pada perniagan di dalam bidang kepakaran beliau iaitu Khidmat Nasihat Pemakanan.

Pengalaman dan kepakaran beliau dalam bidang pemakanan sering dikongsikan kepada masyarakat melalui aktviti-aktiviti harian beliau sebagai:-

  • Tenaga Pengajar Kursus Pengendalian Makanan yang diiktiraf
  • Pakar Pemakanan yang diiktiraf
  • Tenaga Pengajar HRDF yang diiktiraf
  • Jurulatih NLP yang diiktiraf

Beliau aktif memberi khidmat nasihat pemakanan melalui media elaktronik, media cetak dan ceramah-ceramah pemakanan sihat seluruh Malaysia



Memperkenalkan
“Kursus Pengendalian Makanan” Yang DIIKTIRAF Oleh Kementerian Kesihatan Malaysia

  • Kursus ini adalah WAJIB dibawah Akta Undang-Undang Malaysia untuk semua pengendali makanan iaitu owner & seluruh kakitangan sesebuah perniagaan yang melibatkan makanan atau minuman.
  • Jika ingkar… DENDA RM10,000 atau 2 tahun PENJARA boleh dikenakan oleh pihak berkuasa
  • Syarat Kursus yang ditetapkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia adalah :-
  1. Dijalankan oleh Sekolah Latihan Pengendali Makanan yang diiktiraf oleh Kementerian Kesihatan Malaysia seperti kami AAA Vision Academy
  2. Dijalankan oleh Tenaga Pengajar bertauliah seperti Puan Surainee Wahab
  3. Tempoh kursus selama 3 jam
  4. Yuran kursus minimum RM50.00 untuk setiap peserta
  5. Maksimum 30 peserta setiap sessi kursus
  6. Sijil laku seumur hidup dan boleh digunakan di seluruh Malaysia (termasuk Sabah & Sarawak)


BERITA BAIK!


Selain dari menjalankan kursus di Akademi kami di Klang, Selangor, Sepanjang tempoh PKP (sehingga 31 Disember 2020) Kementerian Kesihatan Malaysia telah melantik kami untuk menjalankan kursus secara ‘ON-LINE’.

Selepas selesai kurus secara online (3jam) kami akan berikan sijil digital melalui email atau Whatsapp. Sijil original akan kami hantar melalui pos dah kos penghantaran adalah PERCUMA!

Rebut peluang ini!

Kalau selama ini malas nak pegi cari tempat kursus, sepanjang tempoh PKP ni, cuma duduk depan komputer 3 jam jer selesai masalah.. Kalau takde komputer pakai apa-apa smartphone pun boleh. asalkan ada internet 3 jam.

Jangan risau kalau belum pernah guna aplikasi kursus online. Team kami akan bantu selepas anda daftar nanti. Sangat mudah!

Kami tak dapat jamin kursus online ini boleh diteruskan selepas tempoh PKP tamat kerana lantikan setakat ini ini hanya semasa tempoh PKP sahaja.




Apa JAMINAN Kami Selepas Anda Hadir “Kursus Pengendalian Makanan”

  • Anda akan tahu 12 Faktor Krtikal yg boleh menyebabkan keracunan makanan.
  • Anda & pekerja anda boleh mengenalpasti kesalahan operasi bisnes makanan anda sekarang yg boleh mengakibatkan keracunan makanan
  • Tahu cara elakkan keracunan makanan pada pelanggan anda
  • Tahu tindakan yang perlu diambil untuk perniagaan anda supaya lebih berkembang maju dan berkat
  • Anda akan selamat dari DENDA RM10,000 atau 2 tahun PENJARA
  • Anda akan diberikan sijil yang DIIKTIRAF oleh Kementerian Kesihatan Malaysia. Sijil Laku SEUMUR HIDUP & SELURUH MALAYSIA
  • Anda tak lagi risau diziarahi olek pihak berkuasa kalau buat marketing kaw-kaw
  • Anda telah menjalankan tanggungjawab dan kewajiban anda sebagai peniaga atau pekerja didalam bidang makanan, Insha-Allah rezeki akan lebih baik dan lebih berkat!


Siapa Puan Surainee Wahab Di Mata Peserta Yang Pernah Hadir Kursus Pengendalian Makanan?

Terlalu banyak testimoni kalau hendak dikongsi.. cukuplah kami tunjukkan beberapa gambar sessi seminar kami. Biar gambar yang berbicara…

Alhamdulillah.. Semuanya full house!
(Kementerian Kesihatan Malaysia telah menetapkan syarat maksimum peserta setiap sessi adalah 30 orang sahaja untuk menjamin keberkesanan kursus)




Masih Sanggupkah Anda…


  • Menanggung risiko bisnes anda DIARAHKAN TUTUP oleh pihak berkuasa?
  • Menanggung risiko kena DENDA hingga RM10,000 atau 2 tahun PENJARA?
  • Membiarkan bisnes makanan anda tidak berkembang maju malah semakin hari semakin menguncup?
  • Terus melihat pelanggan2 anda melupakan anda & pergi kepada pesaing anda?
  • Membiarkan produk anda menjadi punca keracunan makanan pada pelanggan anda?



JAMINAN KAMI






*Nota:
Sila hubungi kami (Call/Whatsapp) di talian 012-919 9580 / 019-548 6969 sekiranya :-
– Anda ingin menjalankan kursus di tempat anda
– Anda lebih suka untuk mendaftar dan membuat pembayaran secara tunai, manual atau bank transfer